Ok, ok, saya sambung… ramai plak silent reader dah sms and email suruh sambung, hehehehe…
Hari kedua di Mekah, lepas bangun, baru lah terasa seluruh badan aching… Sakit siot!!! Saya bagitau DK, setakat jalan naik bukit depan rumah Dato K & Dato Siti kat Bukit Antarabangsa tu takde apelah sangat nak banding dengan tawaf and saei dan bersesak dengan ramai orang… DK pun sakit badan, tapi dia cool ja. Kesian juga bila dia mengadu sakit kaki… Orang lelaki tak pakai apa-apa melainkan 2 helai kain putih yang tidak berjahit. Saya yang pakai stokin tebal berlapis-lapis pun perit tapak kaki, saya tak boleh bayangkan kepedihan yang DK, Khairil & Abah rasa.
Hari kedua berjalan lancar. Kami solat zohor & asar berjemaah di Masjidil Haram. Sejuk hati tengok beribu-ribu umat Islam berjalan menuju Masjidil Haram untuk solat berjemaah. Selepas selesai waktu Asar, kami sekeluarga keluar dari Tanah Haram (Mekah) dan menuju ke Tanaem. Tanaem ialah kawasan di luar tanah haram (Mekah) yang dijadikan sebagai kawasan mikat untuk jemaah. Kira macam sempadan lah, dan boleh berniat untuk ihram untuk menunaikan haji atau umrah. Kami solat sunat di masjid di Tanaem, dan bergerak kembali ke tanah haram. Kami sekeluarga melakukan umrah untuk kali kedua, kali saya dah arif, jadi tak lah nak rasa kekok sangat. Tapi kali kedua ini, waktu saei saya rasa tak larat sangat. Nasib baik DK sangat sabar, dia banyak kali galak kan saya supaya habiskan. Although dia boleh jalan laju-laju sebab nak habiskan cepat, tapi dia tunggu jugak saya, follow my pace ( yang pada waktu itu memang dah rasa sangat tak larat!!!) Paling tak larat waktu nak panjat naik ke Bukit Safa & Marwah. Takde lah tinggi sangat, lantai pun bersimen, landai je, tapi peha saya rasa macam nak tercabut. DK tarik jugak saya, pelan-pelan, habis juga 7 pusingan. Kami habis sebelum waktu Isyak. Habis solat berjemaah, kami pulang dan cari makanan arab.
Yang ni best, bab makan lah katakan. Kami beli ayam panggang, ayam goreng, nasi beryani, beli ice cream, cukup bekalan, balik bilik dan makan sekeluarga. Beli nasi kat negara arab, kena ikut portion orang arab lah, VERY BIG PORTION, tapi sedap, yummy-yummy!
Malam tu saya tido nyenyak, siap berdengkur lagi
Hari ketiga, kami melawat kawasan-kawasan sekitar Mekah. Kami melawat ladang unta. Dapat juga rasa minum susa unta yang fresh baru di perah. Memang lemak berkrim, boleh tahan sedap! Selepas lawatan, kami kembali ke tanah Haram. Kami sekeluarga sekali lagi menunaikan umrah untuk kali ke 3.
Untuk Umrah kali ke3 ini saya dan DK sepakat untuk mengerjakan bersama. Umrah pertama saya buat dengan ibu mertua, DK buat sendiri dengan adik lelakinya sbb pace saya yang lambat kan, DK laju je. Umrah ke2, tawaf saya buat dgn adik ipar perempuan saya, tapi masa saei, DK tunggu saya, sebab dia tahu saya tak larat. Walaupun dia habis tawaf awal, setia je dia tunggu saya sebelum dia buat saei. Umrah kali ke3 ni memang kami buat bersama dari awal sampai akhir. Dan kami sepakat apa yang hendak didoakan. Perasaan kali ke3 ini lagi sebak, lain perasaannya bila buat dengan suami, berdoa bersama, tawaf dan saei dari awal hingga akhir. Banyak kali airmata ni menitik, baik saya, dan juga DK. Doa utama kami kali ini ialah untuk mendapatkan zuriat. Sebelum ke Mekah, DK dan saya redha dengan fakta yang kami mungkin tidak akan mendapat zuriat kami sendiri. Tetapi sebagai hambaNya, kami tidak akan putus asa. Ada rezeki kami, kami akan bersyukur, jika tidak ada rezeki, kami akan berusaha, dengan segala teknologi yang sangat canggih zaman sekarang ni, kami tidak perlu merasa gusar, dan akan terus berdoa memohon dari Allah. Bermacam perkara lain yang kami pohonkan, tapi ada satu doa yang DK lafazkan selepas sembahyang sunat after tawaf, walaupun dia tak lafazkan dengan kuat, saya dengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulut DK. Waktu itu saya menangis sebab sedih mendengarkan doa ikhlas dari hati DK dan buat saya sedar saya sangat beruntung mendapat DK sebagai suami. Tapi umrah kali ke3 ini juga kami diuji.
Setelah pusingan ke6 tawaf, saya dan DK sedar yang kami makin lama, makin rapat dengan kaabah. Habis je tawaf ke 7, kami berada berhampiran betul-betul dengan HajarulAswad. Saya memandang DK yang memahami keinginan saya untuk mengucup HajarulAswad. Kami berdua berada lebih kurang 4 kaki dari HajarulAswad, tetapi tersangatlah ramai orang, dan keadaan yang berasak-asak itu tidak memungkinkan untuk saya. Terasa macam berada dalam lautan manusia, kami ditolak ke kiri dan kanan, tapi DK tidak melepaskan saya. Dalam keadaan hendak menjaga wuduk (lelaki dan perempuan tidak diasingkan sewaktu tawaf dan saei), agak susah jugak untuk meloloskan diri. It was yet so near, but yet so far, cuma ada 2 orang di depan kami, tapi kami tidak berjaya jugak. Dalam hati rasa kecut, jika DK ditolak dan terpaksa melepaskan saya, saya rasa saya akan mati terpijak dalam lautan manusia itu. After 3rd attempt, kami masih tidak berjaya dan kami ditolak betul-betul dihadapan pintu kaabah. Saya cakap dengan DK, saya give up. Kami berdoa di depan pintu Kaabah dengan tenang, tiada gangguan, walaupun sebelah saya betul-betul ramai orang berasak. Kami solat sunat, sambung saei dan solat zohor berjemaah.
Balik hotel untuk makan, saya ceritakan pengalaman depan HajarulAswad kepada ibu mertua saya. Mengucap panjang saya bila mama Ainul cakap nasib baik kami tak cium HajarulAswad kerana batu-batu dalam HajarulAswad itu berbau wangi, dan kami yang sedang dalam ihram tidak boleh mengenakan bauan wangi. Jika kami cium HajarulAswad tu , sudah tentu kami kena bayar dam. DK dan saya bersyukur kami dielakkan dari membatalkan ihram, rasa syukur pun ye sebab rahmat tak dapat cium hajarulAswad. Kalau dapat peluang tadi, sah kena bayar dam.
Malam ke3 tu, saya dan DK pegi ke kedai depan hotel, kami beli beberapa buah AlQuran untuk disedekahkan ke Masjidil Haram. Saya juga panjangkan wang sedekah yang dikirim oleh rakan-rakan dan keluarga untuk Masjidil Haram. Selepas tu, kami melontar pula…. bukan melontar macam waktu haji ye, tapi pegi melontar duit di kedai
Saya carik perfume untuk mama, nasib baik jumpa botol yang cantik dan bau yang sedap.
Alah… nak kena sambung hal lain kejap. Nanti saya sambung lagi ye