Salam Semua,
Selamat berpuasa. Terawih di mana malam tadi? Saya & DK di Surau Bukit Mulia , Bukit Antarabangsa. Malam ini, insyaAllah di Denai Alam pula. Since his parents dekat, balik rumah mak mertua lah malam ni. Semalam DK dah pesan dia nak makan kurma ayam for buka, so, pagi tadi, bangun pukul 4am, lepas ja makan sahur, I made kurma ayam. Malam tadi balik terawih dah blend bawang pelbagai, basuh ayam, tadi pagi tumis ja..
Sahur tadi pagi makan dendeng daging yang I beli dari Marina (ambil petang semalam, SEDAP), then ada lebih tomyam 3 hari lepas dlm fridge, I let go the kuah, isinya I cincang, goreng with chili and egg, letak carrot and sayur jagung, goreng garing. Lepas sahur, tunggu subuh, lepas subur, I slept for an hour, baru bangun siap-siap pegi kerja. 20 minutes ja drive hari ni, takde jam, lega. Tapi I slept in the car as DK was driving
Petang ni, DK amik di office and akan balik ke Denai Alam (his parents house) for buka with his family and terawih di sana. Bulan puasa ni kami tak plan nak buka di luar sangat, kalau boleh, di rumah ja, masak or beli, sebolehnya DK nak buka kat rumah sebab dia tak nak tinggal terawih. Tapi I cakap, takkan takde buka kat luar langsung?? hehehehe…. Dia kata boleh tu boleh, tapi tak boleh lah every other day, sebab dia tahu saya memang selalu buka kat luar. Tapi minggu depan dia kena buka sendiri sebab saya akan busy with Matta Fair, nasib baik DK faham. I will try to prepare the meals during sahur time, so kalau kena balik lewat pun, and during the 3 days I kat PWTC, I tau DK ada makanan nak berbuka.
Weekend ni plan nak balik SP, jumpa babah & mama pulak. This year saya akan beraya di Denai Alam, rumah mertua. I told my grandma (nenek) last 2 weeks when I was in Gombak that I will not be around on first day, dia siap pesan, “Nanti petang2 sket Aida balik lah tengok nenek sini. Nenek faham, Aida dah kahwen, tapi kalau ingat nenek, balik Gombak ye, tengok nenek” Sebak pulak I dengar…. Aunty Dah pun I dah kasi warning awal-awal
My parents are okay for me not being there during first raya. Khairul takde bagi priority nak raya mana, ikut dia, pagi tu nak sembahyang raya kat Bukit, then baru balik Denai Alam or Gombak ikut mood pagi tu. Sabar je lah I dengar. But I told him the reasons kenapa kena balik rumah mak dia dulu tahun ni, dia okay aje. Baju raya tahun ni dah siap, theme kaler 1st day Merah, 2nd day Biru, sbb tu baju melayu time kawen, so tak yah nak buat baju baru, heheheh. I pun buat 2 pasang ja…. takde sampai 7-10 pasang setiap tahun, hehehe. Ada banyak baju yang elok-elok lagi.
Ok people, nak sambung kerja. Hari ni plan nak balik 5pm, harap2 tak jam.
Take care everyone!
Place your comment