aidayurani.com

The Drama Is Here!

Archive for April, 2011

Pengalaman Di Mekah

Ok, ok, saya sambung… ramai plak silent reader dah sms and email suruh sambung, hehehehe…

Hari kedua di Mekah, lepas bangun, baru lah terasa seluruh badan aching… Sakit siot!!! Saya bagitau DK, setakat jalan naik bukit depan rumah Dato K & Dato Siti kat Bukit Antarabangsa tu takde apelah sangat nak banding dengan tawaf and saei dan bersesak dengan ramai orang… DK pun sakit badan, tapi dia cool ja. Kesian juga bila dia mengadu sakit kaki… Orang lelaki tak pakai apa-apa melainkan 2 helai kain putih yang tidak berjahit. Saya yang pakai stokin tebal berlapis-lapis pun perit tapak kaki, saya tak boleh bayangkan kepedihan yang DK, Khairil & Abah rasa.

Hari kedua berjalan lancar. Kami solat zohor & asar berjemaah di Masjidil Haram. Sejuk hati tengok beribu-ribu umat Islam berjalan menuju Masjidil Haram untuk solat berjemaah. Selepas selesai waktu Asar, kami sekeluarga keluar dari Tanah Haram (Mekah) dan menuju ke Tanaem. Tanaem ialah kawasan di luar tanah haram (Mekah) yang dijadikan sebagai kawasan mikat untuk jemaah. Kira macam sempadan lah, dan boleh berniat untuk ihram untuk menunaikan haji atau umrah. Kami solat sunat di masjid di Tanaem, dan bergerak kembali ke tanah haram. Kami sekeluarga melakukan umrah untuk kali kedua, kali saya dah arif, jadi tak lah nak rasa kekok sangat. Tapi kali kedua ini, waktu saei saya rasa tak larat sangat. Nasib baik DK sangat sabar, dia banyak kali galak kan saya supaya habiskan. Although dia boleh jalan laju-laju sebab nak habiskan cepat, tapi dia tunggu jugak saya, follow my pace ( yang pada waktu itu memang dah rasa sangat tak larat!!!) Paling tak larat waktu nak panjat naik ke Bukit Safa & Marwah. Takde lah tinggi sangat, lantai pun bersimen, landai je, tapi peha saya rasa macam nak tercabut. DK tarik jugak saya, pelan-pelan, habis juga 7 pusingan. Kami habis sebelum waktu Isyak. Habis solat berjemaah, kami pulang dan cari makanan arab.

Yang ni best, bab makan lah katakan. Kami beli ayam panggang, ayam goreng, nasi beryani, beli ice cream, cukup bekalan, balik bilik dan makan sekeluarga. Beli nasi kat negara arab, kena ikut portion orang arab lah, VERY BIG PORTION, tapi sedap, yummy-yummy! :)

Malam tu saya tido nyenyak, siap berdengkur lagi :)

Hari ketiga, kami melawat kawasan-kawasan sekitar Mekah. Kami melawat ladang unta. Dapat juga rasa minum susa unta yang fresh baru di perah. Memang lemak berkrim, boleh tahan sedap! Selepas lawatan, kami kembali ke tanah Haram. Kami sekeluarga sekali lagi menunaikan umrah untuk kali ke 3.

Untuk Umrah kali ke3 ini saya dan DK sepakat untuk mengerjakan bersama. Umrah pertama saya buat dengan ibu mertua, DK buat sendiri dengan adik lelakinya sbb pace saya yang lambat kan, DK laju je. Umrah ke2, tawaf saya buat dgn adik ipar perempuan saya, tapi masa saei, DK tunggu saya, sebab dia tahu saya tak larat. Walaupun dia habis tawaf awal, setia je dia tunggu saya sebelum dia buat saei. Umrah kali ke3 ni memang kami buat bersama dari awal sampai akhir. Dan kami sepakat apa yang hendak didoakan. Perasaan kali ke3 ini lagi sebak, lain perasaannya bila buat dengan suami, berdoa bersama, tawaf dan saei dari awal hingga akhir. Banyak kali airmata ni menitik, baik saya, dan juga DK. Doa utama kami kali ini ialah untuk mendapatkan zuriat. Sebelum ke Mekah, DK dan saya redha dengan fakta yang kami mungkin tidak akan mendapat zuriat kami sendiri. Tetapi sebagai hambaNya, kami tidak akan putus asa. Ada rezeki kami, kami akan bersyukur, jika tidak ada rezeki, kami akan berusaha, dengan segala teknologi yang sangat canggih zaman sekarang ni, kami tidak perlu merasa gusar, dan akan terus berdoa memohon dari Allah. Bermacam perkara lain yang kami pohonkan, tapi ada satu doa yang DK lafazkan selepas sembahyang sunat after tawaf, walaupun dia tak lafazkan dengan kuat, saya dengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulut DK. Waktu itu saya menangis sebab sedih mendengarkan doa ikhlas dari hati DK dan buat saya sedar saya sangat beruntung mendapat DK sebagai suami. Tapi umrah kali ke3 ini juga kami diuji.

Setelah pusingan ke6 tawaf, saya dan DK sedar yang kami makin lama, makin rapat dengan kaabah. Habis je tawaf ke 7, kami berada berhampiran betul-betul dengan HajarulAswad. Saya memandang DK yang memahami keinginan saya untuk mengucup HajarulAswad. Kami berdua berada lebih kurang 4 kaki dari HajarulAswad, tetapi tersangatlah ramai orang, dan keadaan yang berasak-asak itu tidak memungkinkan untuk saya. Terasa macam berada dalam lautan manusia, kami ditolak ke kiri dan kanan, tapi DK tidak melepaskan saya. Dalam keadaan hendak menjaga wuduk (lelaki dan perempuan tidak diasingkan sewaktu tawaf dan saei), agak susah jugak untuk meloloskan diri. It was yet so near, but yet so far, cuma ada 2 orang di depan kami, tapi kami tidak berjaya jugak. Dalam hati rasa kecut, jika DK ditolak dan terpaksa melepaskan saya, saya rasa saya akan mati terpijak dalam lautan manusia itu. After 3rd attempt, kami masih tidak berjaya dan kami ditolak betul-betul dihadapan pintu kaabah. Saya cakap dengan DK, saya give up. Kami berdoa di depan pintu Kaabah dengan tenang, tiada gangguan, walaupun sebelah saya betul-betul ramai orang berasak. Kami solat sunat, sambung saei dan solat zohor berjemaah.

Balik hotel untuk makan, saya ceritakan pengalaman depan HajarulAswad kepada ibu mertua saya. Mengucap panjang saya bila mama Ainul cakap nasib baik kami tak cium HajarulAswad kerana batu-batu dalam HajarulAswad itu berbau wangi, dan kami yang sedang dalam ihram tidak boleh mengenakan bauan wangi. Jika kami cium HajarulAswad tu , sudah tentu kami kena bayar dam. DK dan saya bersyukur kami dielakkan dari membatalkan ihram, rasa syukur pun ye sebab rahmat tak dapat cium hajarulAswad. Kalau dapat peluang tadi, sah kena bayar dam.

Malam ke3 tu, saya dan DK pegi ke kedai depan hotel, kami beli beberapa buah AlQuran untuk disedekahkan ke Masjidil Haram. Saya juga panjangkan wang sedekah yang dikirim oleh rakan-rakan dan keluarga untuk Masjidil Haram. Selepas tu, kami melontar pula…. bukan melontar macam waktu haji ye, tapi pegi melontar duit di kedai :) Saya carik perfume untuk mama, nasib baik jumpa botol yang cantik dan bau yang sedap.

Alah… nak kena sambung hal lain kejap. Nanti saya sambung lagi ye :)

posted by Aida Yurani in family, feeling happy, places of interest and have Comments (4)

Perjalanan Yang Mengingsafkan

P3281266

Alhamdulillah, perjalanan dan urusan Umrah telah saya lalui dengan jayanya. Dugaan semestinya ada sepanjang perjalanan tersebut, tetapi tahap kesabaran yang diuji semaksima mungkin telah dapat saya harungi dengan tenang.

Memang banyak kali terdetik dalam hati ini untuk menunaikan umrah, tetapi tidak pernah melaksanakannya. Paling hampir, Ogos 2009, ayong and kaklin (my eldest bro and his wife) menyuarakan hasrat untuk pergi bersama saya pada tahun 2010. Tetapi kehamilan anak ke 4 ayong dan kak lin dan kehadiran DK dalam hidup saya ketika itu telah memaksa perancangan umrah kami diketepikan buat sementara waktu.

Sewaktu bulan madu, saya suarakan hasrat untuk mengerjakan umrah pada DK. Jawapannya : “OK Yang, let us plan for early 2012 after Haj season in 2011″ Dalam hati sangat seronok mendengar jawapan DK. Kami berdua merancang bermacam tempat untuk sambung honeymoon tahun ini. Bulan Feb pegi Bandung, March pegi Hongkong, May pegi Singapore dan beberapa tempat lagi yang saya sudah plan (hubby had no choice but to agree, hehehehehe), sehinggalah awal bulan Febuari pelawaan dari ayah mertua saya untuk menunaikan umrah sekeluarga buat saya terkedu tidak tahu nak kata apa. Soalan yang bermain di fikiran saya hanya dua, 1) senang ke DK nak dapat cuti banyak-banyak hari dalam bulan yang sama sebab dia memang susah nak dapat cuti melainkan 2 bulan notis diberi (he is the wanted guy in office) 2) bersediakah saya????

Setelah DK settlekan leave application, dan kami membuat keputusan untuk cancel trip yang lain supaya DK dapat cuti 12 hari straight untuk umrah, pejam celik pejam celik, akhirnya tiba tarikh yang ditunggu, kami berlepas ke Jeddah menaiki pesawat MH pada 26hb Mac 2011. Saya ada lebih kurang 40 hari untuk membuat persediaan. Ia termasuk persediaan fitness. DK dan saya memastikan kami berjalan sekitar kawasan perumahan setiap hujung minggu, memanjat bukit, treadmill di rumah opah dan sebagainya. Ibu mertua memberi saya beberapa jubah untuk dibawa, alhamdulillah, jimat duit dan tidak pening kepala nak beli style macam mana, sebab seumur hidup saya tidak pernah membeli dah memakai jubah :)

Adik ipar saya, Emma, bersusah payah menjahit tudung labuh yang fashionable untuk saya mengikut tona kaler jubah :) Mama juga tidak ketinggalan membantu…. Beberapa buku panduan ibadat dibelikan oleh babah dan mama sebagai persediaan. Terkulat-kulat lah jugak nak membaca dan memahami apa yang perlu. Bila dah mula membaca mulalah kecut perut. Ready ke? Boleh buat ke? 7 kali nak round untuk Saei, larat ke? Boleh hafal ke semua doa-doa? Faham ke apa yang dibaca, tak kan nak pakai taram hafal saja? Panas tak? Kat KL pun keluar makan lunch berpayung atau bertopi, kat sana mana boleh….. Kat sini kuat mengada, ujianNya disana? Huhuhu…. Tapi saya tabahkan hati, dan berjanji pada diri sendiri untuk yakin yang saya boleh melakukannya. Walaupun ianya kali pertama untuk saya, rasa bertuah kerana DK sudah membuat Umrah 3 kali sebelum ini, ibu mertua saya sudah 12 kali pergi Mekah, termasuk 2 kali haji. Kira I pegi with the experts, senang, ada panduan direct!

Urusan mendapatkan visa sangat susah. Kami cuma tahu visa approved 3 hari sebelum tarikh berlepas. Dapat tahu hari Rabu, Sabtu dah nak gerak. Dah confirm dapat visa, baru lah saya aman hati nak pack bag :) Sehari sebelum berlepas, saya meluangkan masa melawat ayong sekeluarga di Sungai Buloh… puas jugak nak explain pada Sofea (my niece) yang makngah tak akan telefon dia seperti selalu (almost everyday) selama 10 hari. Sibuk lah dia tanya kenapa, makngah nak pegi mana naik kapal terbang…. Malam sebelum berangkat, saya di Denai Alam, giliran Adik, Emma dan Kyra pula melawat. Rasa sangat terharu :) Babah, mama, uncle wahid & aunty yot juga meluangkan masa menghantar kami sekeluarga di KLIA.

Perjalanan umrah saya ditemani DK, ibubapa mertua, dan kedua-dua adik DK, Khairil & Khalidah. Flight kami lewat take-off. Kami sampai di Jeddah dalam pukul 8 malam. Terpaksa menunggu selama sejam di dewan ketibaan baru dapat pegi imigration dan ambil bag, proses tersebut memakan masa hampir 4 jam. Dengan sikap para pegawai arab yang sungguh tidak mesra alam, terpaksa sabar saja. Naik bas dari jeddah ke Mekah selama 1 jam. DK memang dah siap-siap pakai ihram dari KLIA, senang katanya. Tapi dia sudah biasa, kira ok lah. By the time kami sampai Mekah, hampir pukul 1 pagi. Dengan rasa letih dan mengantuk, kami check-in hotel dan mengambil wuduk semula bersiap-siap nak menjalani umrah yang pertama.

Alhamdulillah, hotel kami cuma 250 meter dari Masjidil Haram. Hati saya dah kecut, letih pun ya. Dalam hati : Boleh ke aku buat ni? Masuk dalam Masjidil Haram, hati tersentuh, sampai juga saya ke Mekah. Di saat melihat kaabah dalam jarak yang sangat dekat, perasaan sebak, sayu, insaf, semuanya bercampur baur. Bergenang air mata, tapi saya tahan kan saja. Terus saya memulakan Umrah pertama. Mama Ainul (Ibu mertua saya yang sangat penyayang and such a cool lady) yang mengguide saya sepanjang ibadat tersebut. Dari tawaf, sembahyang sunat, saei, bertahalul dan sebagainya. Pukul 2 pagi, punya ramai umat Allah di Masjidil haram, beribadat, memang ianya satu pengalaman yang menakjubkan! By the time kami habis, betul2 hampir dengan waktu subuh, jam 5 pagi. Perasaan setelah selesai proses umrah yang pertama, tidak dapat saya gambarkan. Semuanya senang, tidak terasa letih, mengantuk atau tidak larat. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Di saat hendak mencari tempat untuk sembahyang subuh, saya terpandang seorang wanita tua ditepi tiang, wajahnya mirip rupa arwah opah saya. Dia senyum sewaktu saya berjalan menuju kearahnya. Apabila hampir ke tiang itu, wanita tersebut mengangkat tangannya seperti mana arwah opah selalu buat. Saya tersenyum panjang kerana terbit rasa rindu pada opah. Tapi dalam sekelip mata, wanita tua itu hilang dari pandangan saya. Saya sedekahkan alfatihah untuk opah. Selesai sembahyang subuh (yang juga membuat hati saya berbaur perasaan, kerana dapat berjemaah di Masjidil Haram, mengadap kaabah dengan bacaan imam yang sungguh mengsyahdukan) kami semua pulang ke hotel, breakfast dan tidur :) Waktu itu baru terasa sakit kaki, peha, tangan, sakit kepala, kira whole body aching! Saya tidur sampai pukul 11 pagi….

Ok, saya stop dulu, nanti saya sambung balik, banyak lagi cerita2 menarik di Mekah :)
Oooppppssss…. gambar di atas ialah gambar DK dengan saya selepas menjalankan umrah kali ketiga.

Take care everyone!

posted by Aida Yurani in Uncategorized and have Comments (6)

Living in suitcase

Mmmmm….. I got back from Saudi from my Umrah trip like 2 weeks ago, then last week I was away again. I went to Delhi for a week… just got back yesterday and was sleeping the whole day. Have not unpack… but I have to unpack and repack again for my trip this week to East Malaysia (which i really hope i can cancel it, hehehe) And next week another trip to another destination in East Malaysia….

I miss my bed!!!

posted by Aida Yurani in Uncategorized and have No Comments